fbpx

Op HUU: 6.654 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis meninjau lokasi yang sering berlakunya kesalahan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,654 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,052 saman dikeluarkan.

“Seterusnya diikuti kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (233), tiada lesen memandu (105), melanggar lampu isyarat merah (23), ubah suai nombor pendaftaran (39) dan berhenti di petak kuning empat saman serta lain-lain kesalahan sebanyak 1,198,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, seramai 42 pegawai dan 748 anggota terbabit dalam operasi itu yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Menurut beliau, seramai 13 individu ditahan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk dan kes dadah.

“Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut mengeluarkan 225 saman,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 September hingga 29 September.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI