fbpx

Ramai tak peduli kesihatan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manimaran ( lima kiri belakang) pada kempen kesedaran kesihatan itu. -Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

SHAH ALAM – Ramai rakyat negara ini dikatakan mengambil sikap sambil lewa atau tidak prihatin terhadap kesihatan mereka sendiri.

Pengarah Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Manimaran Krishnan berkata, ini berikutan trend masyarakat enggan berubah terhadap corak pemakanan dan penjagaan diri seharian mereka.

“Contohnya, makan sayur itu penting tetapi hanya 4.5 peratus daripada keseluruhan rakyat negara ini yang menjadikannya antara sajian makanan mereka.

“Sayur adalah antara panduan makanan seimbang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya pada kempen kesedaran anjuran Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) di sini.

Menurut Manimaran, apabila kesihatan berada di dalam keadaan optimum boleh mengelak daripada terkena penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi dalam tempoh jangka masa pendek dan panjang.

“Penyakit kencing manis ini terbina dalam jangka masa panjang sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi dalam tempoh jangka masa yang panjang.

“Justeru, kita berharap rakyat Malaysia ambil tahu mengenai tahap kesihatan mereka dan lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali apabila mereka sudah berumur 18 tahun,” ujarya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI