PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca yang cerah dan baik dilihat di seluruh negeri Semenanjung pada sebelah pagi hari ini.
MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube memaklumkan, jangkaan hujan lebat berserta ribut petir diramal tertumpu melibatkan pedalaman Semenanjung seperti Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan.
Katanya, jangkaan tersebut adalah bagi ramalan cuaca pada sebelah petang nanti.
Sementara itu, di Sarawak, cuaca pada sebelah pagi dilaporkan baik, manakala bagi negeri Sabah, hujan lebat hanya melibatkan satu dua tempat dan akan beransur reda tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE