fbpx

5 kampung di Kupang dilanda banjir dengan arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kupang, Baling yang ditenggelami banjir malam tadi.

BALING – Sekurang-kurangnya lima kampung termasuk Kampung Iboi dan Kampung Sadek di Kupang, di sini dilanda banjir akibat limpahan Sungai Kupang pada malam tadi.

Limpahan sungai mengakibatkan banyak rumah penduduk ditenggelami banjir dengan arus deras.

Antara kampung lain yang terjejas ialah Kampung Padang Empang, Kampung Pisang dan Kampung Hangus.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol A.b Aziz berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9 malam tadi.

“Hujan lebat berterusan menyebabkan air sungai melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

“Hasil tinjauan dan pemantauan petugas APM di lapangan mendapati berlakunya banjir kilat di beberapa kampung yang mana air sungai naik terlalu cepat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, proses mengeluarkan mangsa yang terperangkap giat dilakukan anggota APM.

“Air sungai ketika ini deras dan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Kupang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI