fbpx

Tak suka artis sendu, jangan tengok – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK AISHAH

PETALING JAYA – Geram dengan sikap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan barisan peserta program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada minggu pertama, Ahad lalu, penyanyi Datuk Aishah tampil menempelak golongan disifatkan melampau itu.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, individu terbabit boleh memilih untuk tidak menonton pertandingan tersebut jika tidak berpuas hati dengan peserta, pengacara mahu pun keseluruha penganjuran program popular terbabit.

“Tak suka tengok artis sendu tak payah tengok, tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok.

“Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun tak payah tengok atau terlibat langsung,” luahnya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pada masa sama, pelantun lagu Janji Manismu itu menyifatkan kemunculan semula penyanyi dalam pertandingan berkenaan adalah atas dasar kelayakan selain mahu menghiburkan penonton serta peminat setia mereka.

“Kau siapa nak komen macam tu? Macam kau terpaling betul dan berhak dekat dunia ni.

“Bagilah kami yang suka tengok. Tak kacau periuk nasi kau kan? katanya.

Minggu lalu, selain pengacara GV10 iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlien dan Jihan Muse teruk dikritik netizen, barisan peserta yang terdiri daripada bekas-bekas juara GV musim terdahulu juga turut dikecam berikutan kualiti persembahan yang dikatakan tidak memenuhi jangkaan khalayak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI