fbpx

MIYE 100 telah menobatkan 700 usahawan muda paling berpengaruh, berkaliber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KK Chua pada sesi taklimat mengenai majlis 100 MIYE di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Majlis penganjuran 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) kali ke lapan dan akan diadakan pada bulan November ini telah memberi pengiktirafan kepada 700 usahawan muda yang paling berpengaruh di negara ini.

Pengerusi penganjur 100 MIYE, Datuk KK Chua berkata, majlis penganjuran majalah Entrepreneur Insight terbitan Armani Media Group Berhad itu masih lagi menerima pencalonan daripada mana-mana syarikat tempatan sehingga 15 Oktober ini dan beliau optimis jumlah pencalonan tersebut bakal bertambah pada tahun ini.

Menurutnya, berbanding tahun lalu, pencalonan yang diterima adalah sebanyak 280 dan daripada jumlah tersebut, hanya 100 calon dibawa ke peringkat akhir dan seterusnya seorang tokoh usahawan akan dinobatkan pada malam utama.

“Kami bakal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja, memiliki sikap positif dan aktif melakukan aktiviti  tanggungjawab korporat sosial (CSR),” katanya dalam sidang media di sin baru-baru ini.

Tambah beliau, antara  kriteria kelayakan pencalonan 100 MIYE adalah calon terbuka lelaki atau perempuan yang berumur di bawah 45 tahun, berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan, berada  dalam pengurusan syarikat minimum selama dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

Selain itu, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut.

Chua menjelaskan, pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori dan antaranya terdiri daripada perkilangan, perkhidmatan serta  pembuatan. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI