fbpx

Seluruh Kabinet mesti dirombak – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PUTRAJAYA – “Seluruh Kabinet mesti dirombak,” itu tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurutnya, barisan Kabinet yang baharu perlu menunjukkan kebolehan untuk mentadbir kerajaan dengan baik.

Ditanya sama ada wujud menteri-menteri ketika ini yang boleh mentadbi dengan baik, Dr. Mahathir bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak berani cakap,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Dr. Mahathir ditemui ketika selesai menghadiri siri ketiga Minggu Negarawan (Perlembagaan) yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ketika dalam sesi soal jawab dalam program sama, Dr. Mahathir berpendapat barisan Kabinet sedia ada dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak begitu ‘hebat’.

Menurutnya, rombakan itu membuktikan barisan Kabinet sedia ada mempunyai masalah dan tidak berupaya mentadbir dengan baik.

“Ini (rombakan Kabinet) bermakna menteri yang ada sekarang ini tidak hebat dan tidak mampu jadi menteri.

“Hari ini kita dapati Kabinet yang ada hari ni nampak seolah-olah tidak tahu mentadbir negara dan jauh sekali nak bangunkan negara,” katanya ketika berucap pada Siri Ketiga Minggu Negarawan – Perlembagaan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI