fbpx

Sunway Bukit Gambier, PDC bangunkan projek di Batu Kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunway Property bakal membangunkan projek hartanah terbaharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Sunway Bukit Gambier Sdn Bhd. (Sunway Bukit Gambier) melalui syarikat usaha samanya, Umech Land Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian pembangunan dengan Penang Development Corporation (PDC), sayap pembangunan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sunway Bukit Gambier adalah anak syarikat milik penuh Sunway Property Berhad. (Sunway Property)

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, kerjasama tersebut akan melibatkan pembangunan kawasan seluas 223.6 hektar di Batu Kawan, Pulau Pinang sebagai pertukaran untuk mendapatkan hak tanah yang bernilai RM646 juta kepada PDC.

Kawasan yang terletak di lokasi strategik kira-kira empat kilometer daripada Jambatan Pulau Pinang itu menawarkan keterhubungan yang baik iaitu hanya tempoh pemanduan sekitar 20 minit dari pulau dan 30 minit sahaja dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Menurut beliau, cadangan taman perindustrian tersebut akan melibatkan pembinaan kilang, lot industri dan komersial dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM3.5 bilion.

“Kami teruja untuk mengumumkan tentang cadangan projek pembangunan ini yang mana ia adalah parcel kedua dalam portfolio pembangunan tanah perindustrian  Kumpulan.

“Pelaburan ini menunjukkan komitmen Kumpulan bukan sahaja untuk membangunkan taman perindustrian yang bernilai tinggi tetapi juga bertujuan untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pada bulan Ogos lalu, Sunway Property telah memiliki kawasan perindustrian seluas 98 hektar di Kuang, Rawang Selangor yang meliputi kilang, gudang dan komponen komersial dengan nilai GDV kira-kira  RM2 bilion.

Melalui pemilikan bank tanah seluas 1,325 hektar dan nilai GDV sebanyak RM53.9 bilion untuk dibangunkan selama lebih 15 tahun, Sunway Property optimis untuk mencatat pertumbuhan yang stabil pada masa depan. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI