fbpx

Lelaki kerat alat sulit selepas kecewa ditinggal kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda cuba mengerat zakarnya selepas dia ditinggalkan kekasihnya di Moscow baru-baru ini. - Foto Getty Images/iStockphoto

MOSCOW – Seorang lelaki Russia cuba mengerat alat sulitnya sendiri selepas kecewa ditinggalkan teman wanita, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Ruslan, 37, itu cuba melakukan perbuatan tersebut pada 4 September lalu sejurus selepas kekasihnya, Natalia meminta untuk menamatkan hubungan mereka ketika bertengkar di sebuah unit apartmen di Moscow.

Ruslan yang kecewa kemudian berkata bahawa dia tidak memerlukan alat sulitnya sebelum mengeluarkan sebilah pisau dapur untuk mengerat organ itu.

Natalia yang ketakutan melarikan diri dari unit apartmen tersebut sambil diekori oleh Ruslan yang menuruni tangga dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang jiran melihat situasi itu lantas menghubungi ambulans sebelum Ruslan dibawa ke sebuah hospital.

Menurut laporan, alat sulit lelaki itu telah dijahit tetapi tidak dijelaskan sama ada doktor dapat mencegah kerosakan kekal pada anggota berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI