PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling), Kelantan (Jeli), Pahang (Temerloh, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Segamat).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dilaporkan di Sarawak melibatkan Kapit (Belaga), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang serta Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE