fbpx

Purata gaji bulanan rakyat meningkat kepada RM3,212 pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Purata gaji dan upah bulanan yang diterima rakyat Malaysia pada 2022 dilaporkan meningkat sebanyak 5.8 peratus iaitu sebanyak RM3,212 berbanding RM3,037 pada 2021.

Pada masa sama, statisitik yang disusun Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan
penengah gaji dan upah bulanan mencapai RM2,424 pada tahun lalu berbanding RM2,520 pada 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada 15.39 penduduk bekerja pada 2022, jumlah pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji dan upah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 9.95 juta orang.

“Pada tahun 2022, ekonomi global berdepan cabaran yang ketara termasuk gangguan rantaian bekalan, lonjakan harga komoditi, krisis tenaga dan kadar inflasi yang tinggi sebelum menyederhana pada suku tahun keempat 2022.

“Walaupun berdepan krisis ini, Malaysia mencatatkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang memberangsangkan dengan kenaikan sebanyak 8.7 peratus didorong oleh prestasi kukuh dalam sektor perkhidmatan serta pembuatan yang menyumbang sebanyak 82.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, fasa peralihan ke endemik, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan dalam industri pelancongan telah mewujudkan lebih banyak permintaan buruh dalam pasaran.

“Kerajaan Malaysia telah meningkatkan paras gaji minimum kepada RM1,500 bermula Mei 2022 yang mewartakan gaji bulanan sebanyak RM1,500 untuk pekerja di semua sektor sebagai langkah yang dijangka akan meningkatkan paras gaji dan upah secara keseluruhan.

“Justeru, peningkatan penengah gaji dan upah bulanan diterima rakyat pada tahun 2022 meningkat sebanyak 7.7 peratus kepada RM2,424.

“Keadaan ini menunjukkan 50 peratus daripada pekerja warganegara sepenuh masa menerima gaji dan upah sebanyak RM2,424 dan ke bawah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI