fbpx

Perak terima peruntukan Kerajaan Pusat bantu TMP 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perak menerima peruntukan tambahan RM9.09 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam membantu negeri itu menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, dana itu adalah untuk membiayai 35 projek termasuk pembangunan menaik taraf lokasi-lokasi pelancongan di Perak.

Katanya peruntukan itu juga dipecahkan kepada tiga fasa termasuk bagi tujuan mempromosi Perak sebagai destinasi pelancongan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada MOTAC. Kita masih memohon, tapi setakat ini telah diluluskan peruntukan tambahan RM9.09 juta untuk 35 projek,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

TMP 2024 dilancarkan oleh kerajaan negeri dengan meletakkan sasaran menarik kemasukan lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa dengan sasaran pendapatan RM10 bilion melalui resit pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI