fbpx

Atasi segera kos sara hidup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEMAKIN hari semakin ramai rakyat Malaysia ‘sesak’ menanggung kos sara hidup yang kian melonjak tinggi.

Daripada kenaikan kos sewa rumah sehinggalah ke harga barangan dapur membuatkan ramai yang pening untuk memikir solusi secara sendiri bagi memastikan kehidupan mereka dapat dite­ruskan.

Keadaan ini menyebabkan rakyat meminta pihak-pihak ber­kenaan terutamanya kerajaan mencari satu jalan keluar untuk mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Lebih mengejutkan lagi, ada pihak yang menganggap masih ramai gagal menguruskan kewa­ngan dengan baik dan suka makan di luar menjadi punca mereka tidak cukup dari segi kewangan.

Jika kita lihat secara lebih mendalam, ramai bersetuju makan di luar lebih menjimatkan berbanding masak sendiri, terutamanya melibatkan mereka yang hidup bujang dan mempu­nyai keluarga kecil.

Perkara itu turut disokong oleh Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh dalam ke­nyataannya sebelum ini yang mana dari sudut ekonomi, kos memasak ketika ini adalah lebih tinggi daripada makan di luar dan akan merugikan individu tersebut.

Selain itu, antara punca lain yang boleh menyeksa kehidupan rakyat ketika ini adalah paras gaji yang tidak banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi penulis, ia tidak selari dengan kos sara hidup yang boleh dikatakan akan meningkat RM200 hingga RM500 setahun, sedangkan kenaikan gaji tahunan hanya dalam lingkungan RM50 hingga RM150.

Sepatutnya pihak kerajaan dan majikan perlu menyemak semula paras gaji yang rasional untuk sama-sama membantu rakyat serta golongan pekerja untuk mereka dapat merasai kehidupan dengan lebih tenang dan harmoni.

Menurut Laporan Panduan Gaji 2023 yang diterbitkan oleh JobStreet mendapati, 97.3 peratus daripada penyenaraian pe­kerjaan menawarkan tahap gaji yang sama seperti tahun sebelumnya.

Malah, laporan terkini oleh JobStreet itu juga mendapati, kebanyakan bandar mengalami penurunan gaji merentasi keba­nyakan jawatan.

Situasi ini jelas menunjukkan ketidakseimbangan hidup rakyat apabila bebanan kos sara hidup bertambah setiap tahun, namun bayaran diterima masih tidak setimpal dan tetap ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan negara maju.

Dalam pada itu, penulis melihat Malaysia sendiri akan kerugian apabila rakyat mula berhijrah ke negara luar se­perti Singapura, Australia, Jepun, Uni­ted Kingdom dan Arab Saudi untuk bekerja.

Ini kerana, gaji yang ditawarkan di negara-negara berkenaan jauh lebih tinggi dan lumayan dengan perbezaan dua hingga tiga kali ganda.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan, pihaknya sedang merangka langkah untuk menghadapi fenomena penghijrahan rakyat Malaysia berpelajaran tinggi ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik.

Katanya, Malaysia mempu­nyai kadar penghijrahan cendekiawan sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan penduduk dalam negara.

Ia lebih tinggi daripada kadar purata 3.3 peratus di peringkat global.

Oleh itu, satu tindakan segera wajar diambil bagi mengatasi masalah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI