fbpx

Malaysia cadang perkukuh sumbangan bank pelaburan infrastruktur Asian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika menyertai mesyuarat tahunan AIIB yang berlangsung dari 25 hingga 26 September 2023 di Sharm El-Sheikh, Egypt. FOTO IHSAN MOF

PUTRAJAYA – Malaysia mencadangkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB) agar menerapkan mekanisme pembiayaan yang inklusif serta memenuhi keperluan khusus negara-negara membangun.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, AIIB perlu meneroka pilihan pembiayaan alternatif seperti geran dan mekanisme kewangan campuran (blended financing) selaras prinsip perkongsian risiko saksama dalam kewangan Islam.

“Ini dapat menggantikan model pembiayaan awam seperti pinjaman penuh untuk membantu negara-negara membangun menerima pakai amalan-amalan mesra iklim.

“Usaha itu akan mempercepatkan peralihan negara-negara tersebut ke arah ekonomi rendah karbon,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini tadi.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan kenyataan Malaysia di mesyuarat tahunan AIIB yang berlangsung dari 25 hingga 26 September 2023 di Sharm El-Sheikh, Egypt.

Kata kenyataan itu lagi, masyarakat yang terkesan dengan perubahan iklim akan menerima manfaat melalui strategi adaptasi yang dapat mengurangkan risiko iklim seperti banjir, tanah runtuh atau ribut taufan.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang kelapan bagi AIIB dan diadakan buat pertama kalinya di Benua Afrika serta dilaksanakan secara fizikal selepas pandemik.

AIIB dianggotai oleh 107 negara ahli dan berfungsi sebagai sebuah bank pembangunan multilateral bertujuan menyokong pembangunan ekonomi mampan dan menggalakkan kerjasama serantau dalam menangani isu serta cabaran pembangunan negara-negara anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI