fbpx

Tahun depan masih baju sukan atau seragam sekolah? – Ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ibu bapa mula bertanya mengenai ketetapan dan garis panduan berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang dijadualkan bermula Mac tahun depan.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai mahukan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut secepat mungkin bagi membolehkan mereka membuat persiapan sewajarnya.

“Tahun depan macam mana? Masih baju sukan atau seragam sekolah seperti biasa? Belum ada makluman daripada KPM sehingga sekarang, kami ibu bapa perlukan jawapan segera untuk buat persediaan dan keperluan kewangan,” soal kebanyakan ibu bapa menerusi hantaran di media sosial mereka.

Antara alasan lain yang mendesak ibu bapa untuk menyuarakan persoalan tersebut adalah tarikh-tarikh penting seperti pembukaan sesi persekolahan baharu, ketibaan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah hampir kurang daripada dua bulan.

Sehubungan itu, sebahagian besar ibu bapa berharap agar KPM masih melonggarkan syarat pemakaian ke sekolah dengan membenarkan pelajar memakai baju sukan sepanjang tempoh persekolah tahun depan.

“Kalau dapat terus beri kelonggaran pakai baju sukan adalah lebih baik. Lepas buka sekolah, dah puasa selang sebulan dah raya. Pastinya kami ibu bapa banyak pakai duit untuk beli keperluan sepatutnya untuk kedatangan tiga sambutan penting itu.

“Harap KPM dapat memahami dan mempertimbangkan usulan ibu bapa golongan B40 seperti saya ini,” luah Kamsiah di Facebooknya semalam.

Sementara itu, seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengumumkan perkara tersebut dalam masa terdekat seperti mana dituntut oleh rakyat.

“Tahun depan macam mana YBM (Yang Berhormat Menteri) Fadhlina Sidek ya? Masih bebas seperti tahun ni atau uniform macam biasa?

“Kena umum cepat kerana rakyat perlu merancang perbelanjaan keluarga mereka.

“Kalian sokong pemakaian baju sukan diteruskan atau kembali macam biasa? Atau ada cadangan lain?,” tulisnya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Fadhlina memberitahu pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.

Jelasnya, kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI