fbpx

Kes Howard Lee akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Howard Lee.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang didakwa menghina agama Islam akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah merakam percakapan pemimpin DAP Perak itu pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di Ipoh, semalam.

“Rakaman percakapan dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) berhubung kenyataan dibuat Howard yang didakwa menghina agama Islam apabila beliau membuat tafsiran al-Quran, ayat 59, surah An Nisa.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, media melaporkan, Howard tampil membuat permohonan maaf susulan isu beliau dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran selepas tular berkenaan sejak minggu lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI