fbpx

Karnival UDA 2023 berlangsung di empat lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UDA membawakan dua acara serentak sempena Karnival UDA 2023.

PETALING JAYA – Dalam merancakkan lagi aktiviti keusahawanan serta sosioekonomi setempat, UDA Holdings Berhad (UDA) sentiasa memainkan peranannya yang tersendiri.

Untuk tujuan itu, UDA akan menganjurkan Karnival UDA 2023 dan melalui karnival tersebut UDA akan membawakan dua acara serentak iaitu program usahawan USHAniaga dan Kempen Hartanah UDA Ria 2023.

Untuk program usahawan USAHAniaga, UDA akan menyediakan pelbagai insentif kepada usahawan serta gerai jualan usahawan.

Manakala, bagi kempen hartanah pula, UDA membawakan pelbagai variasi dengan tawaran harga dan promosi menarik.

Sementara itu, jelajah Karnival UDA 2023 itu akan berlangsung di empat lokasi berbeza.

Bermula 29 September sehingga 1 Oktober ini, karnival tersebut akan berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, Johor dan kemudiannya akan diteruskan di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang bermula 27 Oktober sehingga 29 Oktober ini.

Kemudian karnival tersebut akan berlangsung di Lintasan Daesoka di Kota Kinabalu, Sabah bermula 24 November sehingga 26 November sebelum berakhir di Angsana Ipoh Mall, Perak pada 8 Disember hingga 10 Disember.

Dalam pada itu, UDA menyasarkan penyertaan 500 usahawan dengan sasaran kehadiran 30,000 pengunjung di Karnival UDA 2023 @ Angsana Johor Bahru Mall.

Bagi keseluruhan karnival yang berlangsung di empat lokasi, UDA menyasarkan kehadiran 120,000 jumlah pengunjung.

Untuk menarik pengunjung ke karnival itu pelbagai pengisian akan diadakan merangkumi, pameran dan gerai jualan usahawan, usahawan selebriti dan usahawan pempengaruh, pameran dan gerai jualan hartanah UDA, persembahan artis jemputan serta buskers dan lain-lain lagi.

Sementara itu, objektif program usahawan USHAniaga  adalah untuk memperkenalkan aspirasi UDA dalam melahirkan usahawan yang mampan.

Selain itu, UDA juga ingin menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasi usahawan berpotensi yang berdaya saing, berdaya tahan dan berupaya bersaing di pasaran bukan sahaja di peringkat domestik tetapi antarabangsa.

Mereka juga mahu memberi ruang kepada usahawan UDA dan rakan kolaborasi bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum dan komuniti dengan lebih meluas.

Selain itu, UDA juga mahu mempromosi kemudahan serta insentif usahawan yang disediakan oleh pihak UDA serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu perkembangan perniagaan usahawan di negara ini.

Dalam pada itu,  tujuan utama Kempen Hartanah UDA Ria 2023 pula adalah mempromosikan rangkaian hartanah UDA dan dalammasa yang sama mendekati komuniti setempat serta membantu para pembeli memilih hartanah idaman mereka selaras dengan objektif menggalakkan pemilikan hartanah khususnya di kawasan bandar.

Melalui program itu juga, UDA menyediakan platform kepada mereka untuk menerokai pelbagai portfolio hartanah yang ditawarkan.

Selain itu, UDA berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang interaktif dan bermaklumat di mana bakal pembeli boleh terlibat secara langsung dengan pasukan UDA, memahami ciri unik setiap hartanah seterusnya membuat keputusan yang tepat apabila membeli produk UDA .

Sepanjang karnival ini, UDA menyediakan pelbagai aktiviti dan program menarik termasuk bual bicara hartanah oleh pakar industri, aktiviti kanak-kanak yang menampilkan Didi & Friends, pemeriksaan kesihatan percuma dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Kempen Hartanah UDA Ria 2023 merupakan kempen pemasaran tahunan untuk UDA. Kempen tersebut bermula dari Julai ini dan bakal berakhir pada Julai 2024 di tahun hadapan.

Objektif utama adalah untuk memperkenalkan produk-produk hartanah terbaru serta terkini UDA dengan skim dan ganjaran berupa hadiah-hadiah menarik kepada bakal pembeli rumah UDA untuk sepanjang tahun 2023.

Membawakan konsep ‘Sempurna Untuk Semua Generasi’, kempen ini telah dibawakan di Pulau Pinang pada Julai lalu dan bakal menemui orang ramai di Angsana Johor Bahru Mall Sempena Karnival UDA 2023.

Fokus utama kempen tersebut ialah‘Beli Rumah, Bawa Pulang Kereta serta Hadiah Menarik!’

Pembeli hartanah yang berjaya membeli produk keluaran UDA sepanjang kempen ini berlangsung, berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai hampir RM200,000 merangkumi hadiah utama dua unit kereta Perodua Ativa.

Hadiah-hadiah lain turut ditawarkan ialah percutian ke Dubai, Korea Selatan dan lain-lain lagi.

Layari uda.com.my/karnival-uda atau Instagram @uda_official atau laman Facebook UDA Holdings Berhad untuk maklumat lanjut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI