fbpx

Kebakaran majlis perkahwinan di Iraq: 100 maut, lebih 150 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera dan petugas kecemasan membantu mangsa yang cedera di luar hospital besar Hamdaniyah di Al-Hamdaniyah hari ini. - AFP

BAGHDAD, Iraq – Kebakaran yang tercetus di sebuah majlis perkahwinan di Iraq telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang manakala lebih 150 lagi cedera, demikian menurut agensi berita INA sebagai memetik pihak berkuasa tempatan.

Stesen penyiaran CNN melaporkan, kebakaran di Dewan Perkahwinan Al Haytham di timur laut Nineveh dicetuskan oleh mercun, lilin dan beberapa peralatan lain yang digunakan semasa majlis tersebut, kata Pertahanan Awam Iraq.

Gabenor Nineveh, Najm Al-Jubouri berkata, mangsa yang cedera segera dipindahkan ke beberapa hospital di Nineveh dan wilayah Kurdistan.

“Belum ada jumlah akhir mengenai jumlah kematian dan kecederaan,” kata Najm seperti dipetik INA.

Video dirakam di lokasi kejadian memaparkan kepulan asap tebal keluar dari bangunan tersebut manakala orang ramai dan beberapa ambulans berkumpul di luar.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shiaa Al-Sudani telah mengarahkan kabinetnya untuk membantu mereka yang terjejas akibat kebakaran itu, demikian menurut kenyataan pejabatnya.

Al-Sudani telah menghubungi gabenor Nineveh melalui telefon mengenai kejadian itu dan mengarahkan mobilisasi penuh untuk membantu mangsa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI