fbpx

18 mangsa banjir di Perlis dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama beberapa hari di Kampung Titi Besi, dekat Arau hari ini.

ARAU – Seramai 18 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Arau, di sini pada petang ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, PPS tersebut dibuka kira-kira pukul 5 petang tadi bagi menempatkan empat keluarga yang terjejas banjir.

“Seramai 18 orang termasuk enam lelaki, lima wanita, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan ditempatkan di PPS tersebut. Pembukaan PPS itu melibatkan tiga agensi lain selain APM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis serta Jabatan Pendidikan negeri,” katanya di sini hari ini.

Hujan selama tiga hari berturut-turut di negeri ini menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kampung Titi Besi dan Ulu Pauh melibatkan 15 buah rumah dinaiki air.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan, pihaknya menerima laporan sebanyak 13 rumah terjejas akibat ribut di kawasan Padang Besar Selatan, Jelempok, Sentua, Sungai Berembang dan Sungai Padang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI