fbpx

Pernah dikejar orang mengamuk dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRI menunjukkan pingat yang diterimanya pada Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Insiden dikejar dengan parang oleh pesakit mental ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Sarjan Mejar Nazri Md. Noor, 55.

Nazri merupakan salah seorang daripada 184 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kongsi Nazri, kejadian itu antara yang paling diingatiny sepanjang bertugas di Unit Cawangan Jenayah IPD Segamat dari 1990 sehingga 2008.

“Saya masih ingat ketika dikejar dengan parang oleh seorang lelaki pesakit mental dan apa yang saya fikirkan ketika itu adalah untuk mengelak situasi daripada menggunakan senjata api. Saya tidak mahu kes itu melibatkan kecederaan lebih serius, tambahan pula penggunaan senjata api ini ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

“Akhirnya kes itu dapat dikendalikan dengan baik dan suspek berjaya ditangkap,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa  – Pahlawan Negara (PJPN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI