fbpx

Syor KKM sejak dahulu elak pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal lagi telah melahirkan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19 sekiranya pilihan raya sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selepas pelaksanaan PRN Sabah pada September lalu, berlaku peningkatan jangkitan kes Covid-19 di dalam negara.

“Syor KKM dari dulu lagi kalau boleh elak pilihan raya dan ini adalah pendapat KKM. Selepas PRN Sabah contohnya, kita lihat peningkatan kes dan isu-isu yang timbul.

“Jadi kita meningkatkan lagi usaha dalam membendung Covid-19. Amat penting adalah untuk kita elak satu lagi pilihan raya bagi mencegah penularan Covid-19 ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan membatalkan tarikh PRK Batu Sapi, Sabah yang telah ditetapkan 5 Disember depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, pengisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI