KOTA BHARU – Jabatan Penjara menyasarkan kira-kira 60 peratus bekas banduan memperoleh pekerjaan selepas dibebaskan dari penjara.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Komisioner Jeneral Datuk Nordin Muhamad berkata, banduan yang masih ada di penjara seluruh negara setakat ini dianggarkan seramai 80,000 orang.
“Setiap bulan hampir 10,000 banduan dibebaskan. Kita sasarkan 6,000 atau 60 peratus banduan yang dibebaskan memperoleh pekerjaaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program My Pride Fest, Mesej Dari Penjara & Outreach Bersama Komuniti di Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nordin memberitahu, pelaksanaan Program My Pride Fest diadakan tepat pada masanya sejajar dengan misi jabatan melahirkan usahawan dalam kalangan banduan.
Katanya, semua banduan dilatih dengan kemahiran bagi menyokong ekonomi selepas mereka keluar penjara sekali gus memperoleh pekerjaan.,” katanya. – KOSMO! ONLINE