fbpx

Ziva Magnolya belum teringin berkasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYA MAGNOLYA

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Ziva Magnolya bertegas, belum masanya untuk dia mempunyai kekasih.

Bintang berusia 22 tahun itu berkata, dia mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian terlebih dahulu dan percaya pasangan hidupnya sudah diatur Tuhan pada masa depan.

“Saya belum fikir tentang kekasih. Itu bukan tujuan hidup saya sekarang. Buat masa ini fokus hidup dan kerjaya dulu. Kalau sudah rasa cukup pasti kita cari pasangan hidup pula,”

“Saya tidak ada kriteria untuk seseorang kekasih, cukup dia seorang yang baik sahaja,” ujarnya.

Biarpun kadangkala berasa iri dengan rakan-rakan yang punya kekasih, namun Ziva tetap dengan pendiriannya untuk fokus membina nama dalam industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI