fbpx

Kepulauan Solomon rancang haramkan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail 4 Disember 2017 menunjukkan sekumpulan kakitangan menikmati makan tengah hari di kantin ibu pejabat baharu Facebook di Rathbone Place di tengah London, Britain. – AFP

HONIARA – Kerajaan Ke­pulauan Solomon merancang untuk mengharamkan Facebook selepas menerima kritikan terhadap media sosial itu.

Menteri Komunikasi, Peter Shanel Agovaka membuat draf pengharaman sementara pada minggu ini dan akan berbincang dengan pembekal internet berkait pelaksanaannya, lapor akhbar Solomon Times.

“Bahasa kesat kepada menteri, Perdana Menteri (Manasseh Sogavare), watak pembunuhan, fitnah individu dan semua ini amat membimbangkan,” katanya.

Pejabat Sogavare tidak memberi maklum balas berhubung pelan itu. Ketua pembangkang Matthew Wale berkata, ia satu penapisan tidak adil.

“Media sosial khususnya Facebook sudah menjadi platform utama pertukaran pendapat secara bebas untuk rakyat.

“Tidak ada asas kuat untuk pengharaman ke atas Facebook atau media sosial buat masa ini,” kata Wale.

Facebook digunakan secara meluas di Kepulauan Solomon sebagai medium komunikasi.

Kepulauan itu dikelilingi sejumlah pulau gunung berapi dan terumbu karang dengan 700,000 populasi penduduk.

Sogavare juga menggunakan platform itu untuk menyampaikan mesej kerajaan.

Dua pembekal utama per­khidmatan internet, Satsol dan Our Telekom belum memberi maklum balas mengenai isu itu. Facebook pula sedang me­rancang tindak balas terhadap pelan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI