fbpx

Tiada undi awal, SPR keluarkan 73 kertas undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada pengundi yang layak termasuk anggota polis bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, sehubungan itu tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 3 Oktober ini bagi proses pengundian.

“Pengeluaran kertas undi Pos pada 25 September lalu dibuat oleh petugas Pilihan Raya di Dewan Undangan Negeri N36 Pelangai.

“Bagi PRK DUN Pelangai sebanyak 73 kertas undi pos telah dikeluarkan yang terdiri daripada 69 kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, anggota polis dan petugas media, satu kategori 1C (agensi dan organisasi) serta tiga pengundi tidak hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang perisytiharan identiti (borang 2) serta segera mengembalikannya kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 7 Oktober.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI