fbpx

Wanita tertekan sempat diselamatkan lepas terjun Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang dikemudi Muhamad Juhari yang sempat menyelamatkan seorang wanita yang lemas di Sungai Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang wanita yang dipercayai tertekan akibat masalah kewangan diselamatkan beberapa pengemudi bot selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Seorang pemilik jeti di Sungai Kelantan, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata, dia berada di kawasan jeti di tebing sungai tersebut bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 9 pagi.

Menurutnya, semasa sedang berbual-bual, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya memaklumkan seorang wanita lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

“Saya terus menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu yang kelihatan sudah lemas kira-kira 100 meter dari jeti.

“Apabila bot menghampiri mangsa, rakan saya melemparkan pelampung ke arahnya yang ketika itu terkapai-kapai di dalam sungai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhamad Juhari memberitahu, dia dapat mencapai tangan wanita itu sebelum dibawa naik ke dalam bot dan terus ke jeti.

Katanya, dia dan rakannya kemudian menenangkan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, wanita tersebut terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini selepas mengalami tekanan akibat masalah kewangan.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI