fbpx

Makan ikan mentah buktikan tiada risiko koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tangkap layar menunjukkan Wedaarachchi menggigit ikan mentah semasa satu sidang akhbar di Colombo, Sri Lanka baru-baru ini. – adaderana.lk

COLOMBO – Seorang ahli politik Sri Lanka sanggup menggigit ikan mentah untuk membuktikan bahawa hidupan marin itu tidak membawa risiko jangkitan koronavirus, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Dilip Wedaarachchi, 63, yang juga bekas menteri perikanan Sri Lanka membuat aksi itu di hadapan rakaman kamera video pada Selasa lalu. Dia mahu membantu meningkatkan jualan ikan ketika pandemik Covid-19 menjejaskan sektor perikanan.

Beribu-ribu tan ikan dilaporkan gagal dijual selepas Pasar Besar Ikan Marker diarahkan ditutup susulan Covid-19 dan mendorong harga ikan terus merosot.

Klip video itu menunjukkan Wedaarachchi meletakkan satu beg plastik biru putih di atas meja dan mengeluarkan tiga ekor ikan dipercayai jenis kembung.

“Saya bawa ikan ini untuk tunjuk kepada kamu. Saya mahu memohon kepada orang ramai di negara ini supaya makan ikan. Jangan takut. Kamu tidak akan terkena jangkitan koronavirus.

“Kami akan makan (ikan) ini secara mentah. Saya akan makan dan tunjukkan kepada kamu,” katanya yang menggigit badan ikan tersebut.

Dia berkata, mereka yang terlibat dalam industri perikanan sebenarnya berdepan kesukaran untuk menjual bekalan ikan ma­sing-masing.

“Orang di negara ini tidak mahu makan ikan lagi dan pemilik bot pula gagal turun ke laut. Mereka kini berhutang kerana tidak dapat menjual (hasil tangkapan) ikan,” jelasnya.

Jualan ikan di negara itu jatuh mendadak selepas satu kluster besar dikesan di Pasar Besar Ikan di luar ibu negara Sri Lanka sejak bulan lalu.

Penularan di pasar borong utama itu menyebabkan beribu-ribu kes jangkitan sebelum me­rebak di seluruh negara.

Sri Lanka kini mempunyai 17,831 kes Covid-19 termasuk 61 kematian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI