fbpx

Cavani mudahkan kemenangan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI (kiri) dilayangkan kad merah ekoran terjahan kerasnya terhadap Richarlison sekali gus memudahkan tugas Brazil meraih kemenangan. – AFP

MONTEVIDEO – Brazil mengekalkan rekod bersih de­ngan mencatat kemenangan 100 peratus dalam empat per­lawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 benua Amerika Selatan selepas menewaskan Uruguay 2-0 di Estadio Centenario semalam.

Meskipun beraksi tanpa kehadiran bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, namun ia bukan satu masalah besar buat skuad Selecao yang masih berupaya mencatat kemena­ngan menerusi dua gol daripada Richarlison dan Arthur pada minit ke-34 serta 45.

Ia sekali gus menyaksikan Brazil kekal dominan setiap kali bertemu Uruguay yang masih belum berjaya menewaskan juara dunia lima kali itu sejak 2001.

Layangan kad merah kepada penyerang Uruguay, Edinson Cavani kerana terjahan keras terhadap Richarlison pada separuh masa kedua secara tidak langsung membantu memudahkan tugas Brazil dalam perlawanan tersebut.

Cavani pada mulanya cuma mendapat kad kuning sebelum penyerang berusia 33 tahun itu dilayangkan kad merah selepas pengadil menilai semula insiden tersebut melalui sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Saya melihat Cavani tidak berniat untuk mencederakan pemain lawan. Jadi layangan kad merah ini sangat mengejutkan saya,” kata ketua jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

Cavani akan terlepas perlawanan Uruguay seterusnya menentang Argentina pada Mac tahun depan jika keputusan kad merah tersebut kekal.

Brazil pula dijangka tidak berdepan masalah untuk mencetak kemenangan kelima meskipun dijadualkan berdepan Colombia memandangkan lawan tersebut merekodkan prestasi terumbang-ambing ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI