fbpx

17,242 kenderaan perdagangan diperiksa dalam operasi khas – Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan perdagangan yang diperiksa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas, Sungai Buloh, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa menerusi Ops Khas Perdagangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula Rabu lalu hingga semalam.

Operasi khas itu memberi tumpuan kepada pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, selain kenderaan membawa muatan lebih atau kesalahan lain yang menyumbang kepada keadaan fizikal kenderaan berat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah tersebut, pemeriksaan ke atas lori adalah 5,897 buah, bas (652) dan lain-lain (10,692).

Katanya, operasi khas lima hari itu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar nahas jalan raya terutama melibatkan kemalangan maut.

“Selain memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan dan undang-undang lalu lintas sedia ada, ia juga diharap dapat menjadikan lalu lintas terkawal serta diselaraskan dengan efektif.

“Sebanyak enam tangkapan telah dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, satu tangkapan untuk Kanun Keseksaan serta sebanyak 27 tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Selain itu, sebanyak 35 kenderaan telah disita dalam operasi khas ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, sebanyak 2,724 buah lori dikenakan saman, bas (109) serta lain-lain kenderaan (629) semasa operasi khas tersebut.

“Bagi operasi timbang berat, sebanyak 35 buah telah melalui proses tersebut dan tiga daripadanya disita kerana pelbagai kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, operasi pada minggu lalu itu melibatkan sebanyak 2,613 kekuatan keseluruhan pegawai kanan polis dan anggota.

“Selain itu, operasi ini turut mendapat kerjasama agensi lain antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI