fbpx

Pukul wanita video lama, kami dalam proses cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengakuan Mirol di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa memukul bakal isteri seminggu sebelum kahwin membuat pengakuan bahawa video yang tular itu dirakam pada setahun yang lalu.

Menerusi Instagram pemuda itu, kejadian itu terjadi sebelum dia mendirikan rumah tangga bersama wanita berkenaan sehingga dikurniakan seorang anak perempuan.

“Video saya yang telah tular itu, adalah video setahun yang lepas. Saya tahu pun selepas tular ada wanita muat naik di TikTok. Video itu sebelum saya berumah tangga bersama dengan si dia. Waktu itu kami dah bertunang.

“Video lama, kesan lebam ke, itu semua lama. Sekarang dah tak ada kat badan dia, jadi bukti itu hanya sebuah video yang ada suara dan kalau dia nak tuntut apa-apapun, benda tu dh lama, bukan kejadian hari ni,” katanya.

Katanya yang juga didakwa merupakan seorang anggota polis, punca pergaduhan ketika itu adalah kerana wanita itu menuduhnya berlaku curang ekoran dirinya sering berjumpa perempuan lain secara senyap-senyap di belakang tunangnya itu.

Tidak tahan dengan bebelan tunangnya itu, lelaki itu mengaku dia hilang sabar sehingga memukul tunangnya sampai wanita itu menangis dan meronta.

Dalam pada itu, lelaki yang sudah dalam proses penceraian bersama bekas isterinya, mengaku dia telah menerima kifarah apabila telah lumpuh separuh badan akibat jangkitan di kepala.

“Setelah kejadian video itu, akhirnya kami berkahwin juga dan kami menyewa jauh dari rumah mak ayah dia. Tetapi nak dijadikan cerita dalam bulan Ogos tahun lepas, tiba-tiba saya dapat jangkitan kuman di kepala dan dimasukkan ke hospital untuk dibedah.

“Sedar-sedar saya dah lumpuh separuh badan. Beberapa bulan lepas saya keluar dari wad, dia minta cerai dengan saya. Dia menuntut fasakh, dan sekarang ni kami dalam proses penceraian,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI