fbpx

Giroud sudah lali ‘makan’ cacian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kiri) terus menambah koleksi gol bersama Perancis apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan itu menewaskan Sweden 4-2 awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Penyerang Perancis, ­Olivier Giroud menegaskan, kecemerlangannya meledak dua gol buat Perancis dalam kemena­ngan 4-2 ke atas Sweden di Stade de France awal pagi semalam bukan disebabkan kritikan yang dilemparkan terhadapnya baru-baru ini.

Sebaliknya, bintang Chelsea itu mendedahkan, dia sudah lali berdepan cacian dan hinaan sepanjang kariernya walaupun sudah meledak 44 gol di peringkat antarabangsa buat Perancis.

“Dua gol ini bukan disebabkan mahu membalas dendam atau membuktikan sesuatu kepada pengkritik-pengkritik. Saya sudah biasa menjadi bahan kecaman. Inilah kisah dalam karier bola sepak saya.

“Ia sama sekali tidak meruntuhkan semangat saya, sebalik­nya menjadikan saya lebih kuat lagi. Jadi, saya memang tiada masalah jika ada yang mengkritik saya,” kata Giroud.

Giroud, 34, sebelum ini menjadi mangsa kecaman para penyokong selepas muncul pemain paling kurang menyentuh bola, selain penjaga gol Perancis, ­Steve Mandanda sewaktu tewas mengejut 0-2 kepada Finland dalam aksi persahabatan minggu lalu.

Ia menyaksikan bekas bintang Arsenal itu digugurkan daripada kesebelasan utama ketika Perancis menang 1-0 ke atas Portugal pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dua gol pada aksi terakhir Liga Negara-Negara Eropah itu membuktikan keputusan pengendali Les Bleus, Didier Deschamps kembali menurunkan

Giroud dalam kesebelasan utama adalah satu tindakan tepat.

Ini kerana Giroud kini cuma ketinggalan lapan gol untuk memadam rekod penjaring terba­nyak Perancis di peringkat antarabangsa yang masih dipegang legenda Arsenal, Thierry Henry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI