fbpx

Piala Malaysia: Tiada rezeki Sri Pahang ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Sri Pahang menghargai penyokong yang hadir ke Stadium Darul Makmur, semalam. - Foto ihsan Facebook Sri Pahang

KUANTAN – “Bukan hari kita dan kurang nasib baik, gol pun pada minit-minit akhir.”

Demikian kata pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad susulan kegagalan pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Skuad Tok Gajah terpaksa akur dengan keadaan itu selepas selepas tewas 1-2 menerusi agregat di tangan KL City FC di Stadium Darul Makmur, semalam.

Menurutnya, barisan pemain sudah memberi saingan yang terbaik untuk mendapatkan gol terutama pada separuh masa pertama.

“Pada awal perlawanan, kita bermain baik dan memberi tekanan kepada lawan dengan hantaran yang bagus termasuk memiliki enam peluang keemasan untuk membolosi gawang tetapi gagal melakukannya.

“Tetapi kita terima padah terutama melalui sepakan percuma KL City yang gagal menyekat lawan daripada menjaringkan gol.

“Namun, saya tetap bangga Sri pahang bertungkus lumus sehingga minit akhir perlawanan sehingga berjaya menjaringkan gol biarpun misi ke separuh akhir tidak kesempaian,” katanya.

Bagaimanapun, jaringan KL City itu menimbulkan tanda tanya kepada Fandi sama ada pemain lawan berada pada kedudukan ofside atau sebaliknya.

“Cuma, saya ada sedikit tanda tanya sama ada gol itu ofside atau belum kerana pembantu pengadil sudah mengangkat bendera tetapi diturunkan selepas itu.

“Itu tidak pasti tetapi keputusan pengadil muktamad dan keputusan tidak boleh dibantah.

“Tahiah kepada KL City yang mereka banyak pengalaman dan diharapkan jadikan pengajaran buat pemain Sri Pahang untuk bermain lebih baik selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan penyamaan Lucas Silva pada masa kecederaan gagal membantu Sri pahang layak ke separuh akhir biarpun seri 1-1 dengan KL City pada aksi suku akhir kedua.

Ini kerana skuad City Boys mencatat kemenangan 1-0 pada suku akhir pertama yang mengesahkan kemenangan 2-1 menerusi agregat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI