fbpx

K2

Usaha murni bersihkan sisa buangan di dua pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1.4 tan sampah termasuk serpihan-serpihan marin berjaya dibersihkan oleh sukarelawan CCBM yang mengadakan kempen pembersihan di dua pantai iaitu Desaru dan Pantai Saujana, Port Dickson baru-baru ini.

PANTAI yang bersih begitu penting memandangkan ia turut berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Selain menjadi medan rezeki buat para nelayan, ia juga merupakan lokasi yang sering dijadikan tarikan pelancongan.

Pelbagai pihak telah tampil dalam usaha pemeliharaan pantai. Tidak ketinggalan syarikat Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. (CCBM) yang telah menjalankan satu kempen pembersihan pantai di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi kerjasama dengan organisasi-organisasi tersohor, syarikat minuman terbesar di dunia itu memperjuangkan usaha kelestarian, selari dengan inisiatif Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICC) bersempena Hari

Pembersihan Sedunia (World Cleanup Day) 2023 yang jatuh pada 16 September lalu.

Menyedari betapa pentingnya untuk memerangi pencemaran plastik, CCBM telah menggerakkan lebih 60 orang sukarelawan daripada unit sukarelawannya, SiMAJU Kindness Crew untuk membersihkan dua pantai tempatan terkenal iaitu Desaru Offshore Fishing di Kota Tinggi, Johor dan Pantai Saujana di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi inisiatif tersebut, lebih 1.4 tan sampah termasuk serpihan-serpihan marin telah dibersihkan dari dua pantai yang indah tersebut.

Antara puntung-puntung rokok yang berjaya dikumpulkan.

Usaha pembersihan itu turut membuahkan hasil memberangsangkan apabila para sukarelawan berjaya mengumpulkan kira-kira 4,900 barang buangan seperti bekas polistirena, cawan plastik, pinggan plastik dan puntung rokok.

Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Bottling Investments Group bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar Ab Gahani berkata, tindakan itu menunjukkan komitmen mereka dalam melakukan sesuatu yang bermanfaat buat komuniti.

“Usaha itu mencerminkan komitmen teguh kami untuk memacu perubahan positif dan membudayakan amalan lestari.

“Sebagai peneraju dalam industri, kami sedang giat berusaha ke arah visi World Without Waste serta mengurangkan kesan sisa plastik di lautan kita yang tidak ternilai,” katanya.

Tahun ini, CCBM telah berpadu tenaga dan bekerjasama dengan Reef Check Malaysia untuk tahun kelima berturut-turut.

Selain itu, CCBM turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah institusi dalam negara seperti Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor, Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan, SWM Environment dan Majlis

Perbandaran Pengerang bagi memerangi pencemaran plastik dan membawa perubahan ketara dalam usaha melestarikan alam.

“Kami kekal komited terhadap pengurusan sisa dengan memastikan barangan kitar semula dikendalikan dengan betul.

“Di CCBM, kami yakin bahawa menangani krisis sisa pembungkusan plastik global amat menuntut kerjasama erat dalam kalangan pihak berkepentingan, industri, agensi kerajaan dan masyarakat awam.

“Langkah proaktif kami menonjolkan dedikasi syarikat untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada permasalahan ini,” kata Khairul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI