fbpx

Bayi perempuan dibuang dalam rumah belum siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli menunjukkan gambar keadaan bayi yang ditinggalkan itu. FOTO: AMIN AZMAN

KUALA SELANGOR – Bunyi tangisan kuat membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Pasir Tuntong di sini, awal pagi tadi.

Perkara itu disedari penduduk yang pelik mendengar suara berkenaan sebelum terkejut menemui bayi masih bertali pusat berkenaan, kira-kira pukul 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pemeriksaan mendapati bayi itu dalam keadaan bogel dan masih bernyawa di lantai simen rumah tersebut.

“Bagaimanapun tiada sebarang nota atau barangan lain ditemui di lokasi berkenaan. Siasatan awal mendapati bayi itu baru saja dilahirkan sebelum ditinggalkan di rumah berkenaan.

“Bayi berkenaan dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ramli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ikhwan Mohd. Zuki di talian 019-9699015 atau balai polis berdekatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI