fbpx

Mayat wanita dalam mulut aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat pada mulut aligator itu dikenal pasti sebagai Peckham. - Facebook/X

TALLAHASSEE, FLORIDA – Identiti mayat yang ditemui di dalam mulut seekor aligator di negeri Florida dikenal pasti sebagai seorang wanita gelandangan, lapor portal berita MailOnline. 

Mayat Sabrina Peckham, 41, ditemui dibawa di dalam mulut aligator sepanjang 4.3 meter di sebuah tasik dekat bandar Largo pada Jumaat lalu. Punca kematiannya bagaimanapun belum dikenal pasti.

Dua bulan sebelum kematiannya, Peckham ditahan kerana menceroboh sebuah kawasan paya di bandar itu, kira-kira 800 meter dari lokasi mayatnya ditemui. Dia diperintahkan membayar denda AS$500 (RM2,343) ketika kejadian.

Peckham pernah ditahan beberapa kali sebelum ini kerana melakukan pelbagai kesalahan sejak 2014. Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau kerana mencuri dan konfrontasi dengan  polis.

Penduduk setempat menghubungi Jabatan Bomba Largo selepas melihat mayat Peckham. Anggota kecemasan dengan kerjasama Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida kemudian menarik buaya itu dari gigi air sebelum ia ditembak mati.

Anak perempuan Peckham, Breauna Dorris berkongsi kesedihannya di media sosial.

“Ibu saya tidak mengganggu aligator itu seperti didakwa beberapa pihak. Ibu saya adalah sebahagian daripada penduduk gelandangan yang tinggal di kawasan hutan berhampiran.

“Dia dipercayai berjalan dari tapak perkhemahannya berhampiran anak sungai di dalam gelap sebelum aligator itu menyerangnya dari dalam air,” katanya.

Penyiasat kini berusaha memeriksa bangkai aligator yang didakwa dibunuh ‘secara berperikemanusiaan’ itu. Reptilia itu dipercayai berasal dari tasik berdekatan yang dikenali sebagai Taman Ridgecrest – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI