fbpx

Pencuri lembu serang anggota polis maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan terhadap kereta yang dinaiki kedua-dua suspek di Tok Bok, Machang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

MACHANG – Seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai menyerang anggota polis dengan senjata tajam di Tok Bok, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek berusia 20-an maut selepas terkena tembakan pihak polis manakala seorang lagi rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan.

Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua suspek dilaporkan sedang mencuri lembu di Kampung Joh dekat sini.

Menyedari kehadiran polis, mereka sempat melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejauh kira-kira 4 kilometer sebelum salah seorang daripada mereka ditembak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI