fbpx

PRK Jepak: SPR tetapkan hari mengundi 4 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR-Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula pada 21 Oktober depan, manakala undi awal ditetapkan pada 31 Oktober 2023.

“Sejumlah 22,804 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Jepak di sini hari ini.

Kerusi DUN Jepak, diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI