fbpx

Bot karam, lima nelayan asing terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD. NUR SYAM ASMAWIE (kiri) bersama pemilik bot berkenaan menemu bual mangsa bot karam di jeti Maritim Malaysia Tok Bali, Pasir Puteh,hari ini.

PASIR PUTEH – Empat nelayan warga Myanmar bersama seorang tekong warga Thailand berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka karam di lokasi 12.1 batu nautika dari Kuala Tok Bali di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam, mangsa ya g berusia 24 hingga 53 tahun itu terjatuh ke laut apabila bot mereka dipukul ombak besar sewaktu angin kencang yang menyebabkan laut bergelora.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, sewaktu laaut bergelora, nelayan-nelayan itu sedang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian dekat Besut untuk mencari perlindungan.

Menurutnya, salah seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang merentasi lokasi kejadian pada pukul 12. 00 tengah malam.

“Empat lagi nelayan ditemui selamat pada jarak 21.9 batu nautika dari Kuala Tok Bali.

“Kesemua mangsa bernasib baik kerana masing-masing memakai jaket keselamatan dan mengikat pelampung pada badan mereka,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Maritim Malaysia di sini hari ini.

Muhd. Nur Syam Asmawie berkata, kejadian itu diketahui pihak APMM pada jam 9 pagi tadi sebelum operasi menyelamat diaktifkan.

Katanya, pemilik bot tersebut yang merupakan warga tempatan telah membuat aduan polis mengenai kejadian itu dan kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan pesakit luar.

“Sewaktu operasi menyelamat, kita menghadapi kesukaran untuk mengesan lokasi kejadian apabila bot yang dinaiki mangsa tidak memiliki peralatan komunikasi untuk berhubung dengan pihak berkuasa maritim bagi mendapatkan bantuan segera.

“Saya nasihatkan semua pengusaha bot melengkapkan bot masing-masing dengan kelengkapan alat komunikasi dan mengikuti amaran Jabatan Meteorologi berkaitan keadaan cuaca semasa,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI