fbpx

Op HUU: 5,940 saman dikeluarkan, 12 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang diambil tindakan susulan melakukan halangan lalu lintas, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan sebanyak 5,940 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan pada Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Halangan lalu lintas terus menjadi kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi itu dengan 4,876 saman dikeluarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, 42 pegawai dan 666 anggota terbabit dalam operasi itu yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Menurut beliau, kesalahan tertinggi adalah halangan lalu lintas diikuti lain-lain kesalahan (837 saman) dan tiada lesen memandu (tempatan) 76 saman.

“Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kotor/kabur/fancy (58 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (56).

“Selain itu, turut diambil tindakan kenderaan di laluan pejalan laki /garisan putih (29 saman), tiada lesen memandu warga asing (7) dan berhenti di petak kuning (satu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Sarifudin,12 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk, menjalankan kegiatan parkir haram selain kes dadah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI