fbpx

NASA bawa pulang sampel asteroid 6.21 bilion kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURUTERA Lockheed Martin, Victoria Thiem memeriksa kapsul NASA yang mendarat di sebuah gurun di Utah semalam. – AFP

WASHINGTON – Perjalanan tujuh tahun misi angkasa lepas Osiris-Rex mencapai kemuncak pengakhiran semalam apabila kapsul milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendarat di sebuah gurun di negeri Utah.

Kapsul itu membawa sampel asteroid paling besar pernah dibawa pulang.

Saintis-saintis yang meletakkan harapan tinggi kepada sampel itu berkata, ia akan membantu pemahaman lebih baik tentang pembentukan sistem suria dan bagaimana Bumi menjadi planet yang boleh menampung kehidupan.

“Air mata saya mengalir apabila mendapat tahu kapsul ini selamat mendarat. Sains sebenar sudah bermula,” kata penyelidik utama misi Osiris-Rex, Dante Lauretta pada satu sidang akhbar

Perjalanan sejauh  6.21 bilion kilometer itu menandakan penghantaran sampel pertama seumpamanya oleh Amerika Syarikat (AS), kata NASA dalam satu hantaran di laman X.

NASA berjaya mengendalikan pendaratan ‘lembut’ kapsulnya pada pukul 8.52 pagi (waktu tempatan) di Padang Sasar Ujian dan Latihan Utah.

Empat tahun selepas pelancarannya dalam tahun 2016, kapal angkasa penerokaan NASA itu mendarat dan mengutip sampel seberat 250 gram merangkumi debu pada permukaan berbatu asteroid Bennu.

Walaupun jumlah sampel dikutip kecil, NASA berkata, ia akan ‘membantu kami lebih memahami jenis asteroid yang boleh mengancam Bumi.’

“Ia juga sampel tersebar yang kami bawa pulang selepas batu Bulan dalam misi Apollo,” kata saintis NASA, Amy Simon.

Kapal angkasa Osiris-Rex menggugurkan kapsul tersebut awal semalam pada ketinggian lebih 107,000 kilometer. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI