fbpx

Kepungan gereja di Kosovo berakhir, 4 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengusung individu yang cedera dalam serangan tersebut di Banjska, utara Kosovo semalam. – AFP

PRISTINA, KOSOVO – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas polis Kosovo merampas semula sebuah gereja yang ditawan oleh sekurang-kurangnya 30 lelaki bersenjata dalam pertempuran dekat sempadan Serbia, lapor Perbadanan Penyiaran Britain hari ini.

“Kawasan ini kini dalam kawalan kami. Ia berjaya dilakukan selepas beberapa pertempuran berterusan,” kata Menteri Dalam Negeri Kosovo, Xhelal Svecla.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic  pula berkata, tiga daripada individu yang maut dalam insiden itu disahkan warga Serbia-Kosovo.

Kumpulan penyerang melancarkan serangan semalam yang membawa kepada  kematian seorang anggota  polis di Kampung Banjska sebelum gereja  itu ditawan.

Kejadian berbalas tembakan pula bermula sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) selepas polis tiba di Banjska.

Sebilangan anggota polis kemudian diserang dari beberapa kedudukan menggunakan senjata api termasuk bom tangan dan roket.

Sekumpulan 30 lelaki kemudian memasuki kompleks gereja di bandar Leposavic yang menempatkan penziarah Kristian dari bandar Novi Sad, utara Serbia.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka terbunuh dalam pertempuran sepanjang hari dengan polis dalam misi yang disifatkan sebagai ‘operasi pembersihan’.

Menurut Svecla, polis membuat beberapa tangkapan ketika operasi itu dan merampas sejumlah besar senjata dan peralatan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada kesemua penyerang telah diberkas. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI