fbpx

Piala Malaysia: Selangor tersingkir, KL City ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC,Safwan Mazlan (kiri) mengejar bola dari tonggak Selangor FC, Faisal Halim pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi. Foto oleh FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Harapan Selangor FC untuk menerusikan ‘Misi 34’ tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu FC (TFC) sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe dilihat agak tertekan memandangkan pasukan pelawat memiliki kelebihan 0-2 susulan kemenangan yang diraih pada aksi pertama minggu lalu.

Peluang pasukan tuan rumah semakin nipis apabila TFC dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh pemain import, Ivan Mamut pada minit ke-16.

Bersambung pada separuh masa kedua, jentera serangan Selangor yang dibarisi oleh Yohandry Orozco, Ayron del Valle dan Faisal Halim semakin terdesak untuk mencari gol dalam usaha merapatkan kedudukan.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba menerusi tandukan pemain import dari Singapura, Safuwan Baharudin pada minit ke-69 sekali gus menaikkan semangat rakan sepasukan.

Beberapa peluang telah dicipta pasukan tuan rumah untuk meraih gol kedua tetapi tidak berhasil dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, juara edisi 2021, Kuala Lumpur City (KL City) mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang dengan agregat 2-1 petang tadi.

Romel Morales meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Sri Pahang petang tadi. – Foto ihsan MFL

Saingan suku akhir kedua berakhir dengan keputusan seri 1-1 apabila Romel Morales menjaringkan gol buat pelawat manakala skuad Tok Gajah menyamakan kedudukan menerusi Lucas Silva. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI