fbpx

JDT III menang final pertama Piala Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN penyerang JDT III, Fergus Tierney, dikawal pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Amirul Farhan Asmadi, ketika beraksi Perlawanan Akhir Piala Presiden di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) selangkah untuk menjulang Piala Presiden apabila berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC 3-1 pada aksi final pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Sanz Zaballos Gonzalo lebih selesa pada final kedua pada 1 Oktober depan untuk menjulang piala.

Gol pertama JDT III dijaringkan oleh Muhammad Aiman Danish Abdul Azim pada minit ke-7.

Cubaan menjarakkan kedudukan JDT III berjaya dibuat oleh Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri pada minit ke-20.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.

Sepakan penalti dari Fergus Tierney berjaya membolos gawang gol NSFC pada minit ke-69 untuk meraih gol ketiga JDT III.

NSFC berjaya menjaringkan gol pertama oleh Muhammad Danish Syamer Tajuddin ketika masa tambahan lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI