fbpx

[KEMAS KINI] Van bawa 9 pelancong Singapura jatuh dari ketinggian 6 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa selepas van yang mereka naiki terjatuh dari cerun Bukit Genting, Balik Pulau, malam ini.

BALIK PULAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan seramai sembilan pelancong warga Singapura terlibat kemalangan melibatkan sebuah van yang terjatuh dari ketinggian enam meter di Bukit Genting, malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.14 malam tadi dan operasi menyelamat melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.

Anggota bomba ketika menyelamat mangsa selepas van yang mereka naiki terjatuh dari cerun Bukit Genting, Balik Pulau, malam ini.

Menurutnya, operasi tersebut turut mendapat kerjasama dari BBP Balik Pulau.

“Apabila pasukan tiba ditempat kejadian didapati benar kemalangan melibatkan sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh ke dalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki (enam meter).

“Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan dibantu oleh beberapa pasukan bomba sukarela berdekatan.

“Jantina dan status mangsa akan dikemas kini sebentar nanti,” katanya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI