fbpx

Polis tahan warga asing ganggu ketenteraman orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga asing tersebut yang menganggu ketenteraman penduduk di sekitar Apartment Flora Damansara.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang mengganggu ketenteraman orang awam di kawasan Apartment Flora Damansara di sini semalam.

Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis dari Balai Polis Damansara bergegas ke Apartment tersebut pukul 10.10 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pada pukul 10 pagi, 17 November lalu berlaku satu kejadian di mana suspek berusia 40 tahun mengganggu penduduk di kawasan Apartment, Flora Damansara dengan menggunakan senjata tajam.

“Seorang pengawal keselamatan yang juga pengadu berusia 38 tahun bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat perkara tersebut.

“Suspek telah menyerang dan cuba memukul pengadu dengan menggunakan senjata tajam itu namun sempat dirampas senjata tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis turut merampas sebatang besi serta rantai yang digunakan suspek.

Jelas beliau, suspek kini ditahan reman selama 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI