fbpx

Pelajar dicaj 15 sen jika mahu guna tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar dicaj 15 sen jika ingin menggunakan tandas. - Okezone

JAKARTA – Seorang guru lelaki di Madura, Indonesia dipindahkan ke sekolah lain selepas menentang peraturan yang mengenakan bayaran 500 rupiah (RM0.15 sen) kepada pelajar jika ingin menggunakan tandas. 

Portal berita Okezone melaporkan, guru bernama Mohammad Arif itu ditukar sekolah lain oleh Pengetua Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 1 Pemekasan kerana dianggap mempunyai perbezaan pendapat.

Menjawab perkara itu, pengetua sekolah tersebut, Nu’man Afandi menjelaskan bahawa peraturan itu dikuatkuasakan untuk mengajar pelajar tentang kebersihan. 

Jelas Nu’man, sejak mula memegang jawatan pada 2018, beliau menganggap sekolah itu tidak selesa dan memerlukan penambahbaikan termasuk di tandas.

“Pelajar sering menjadikan tandas sebagai tempat bersembunyi dan merokok,” katanya.

Menurutnya, bayaran itu hanya dikenakan dalam masa beberapa minggu sahaja. 

“Bayaran dikenakan untuk mengubah sikap pelajar kerana mereka kerap membuang air kecil dan besar tanpa menekan pam tandas,” katanya.

Selepas kes itu tular, sekolah tersebut dilaporkan tidak lagi mengutip bayaran sekiranya pelajar ingin menggunakan tandas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI