fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Teluk Senangin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari dan menyelamat dilakukan bagi mengesan seorang lelaki dipercayai lemas ketika mandi di pantai Teluk Senangin, Lumut hari ini. - Foto Ihsan JBPM

LUMUT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Senangin, dekat sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.58 pagi dimaklumkan seorang lelaki berusia 19 tahun hilang ketika melakukan aktiviti beriadah mandi laut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 10.19 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota JBPM bertindak membuat pencarian awal di sekitar pesisiran pantai serta dibantu tiga bot nelayan.

Jelasnya, selain anggota JBPM, agensi lain terlibat termasuk dua anggota polis, dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta tiga anggota perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau memaklumkan, setakat pukul 2 petang ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI