fbpx

Daya keseimbangan Nora Anne sangat lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Nora Anne di hadapan Koroner Maimoinah Aid yang masuk hari ke-17 hari ini dijalankan secara penstriman dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Ketua Guru Garratt Park School di London, Michael Reeves mengatakan remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin, merupakan kanak-kanak istimewa iaitu tidak mampu menyeimbangkan badan dan berjalan seperti manusia normal lain selain mempunyai masalah pembelajaran serta komunikasi ‘speech delay’.

Michael memberitahu mahkamah, Nora Anne,15, belajar di sekolah khas untuk golongan istimewa itu sejak September 2015 pada usia 11 tahun sehingga 2019 sebelum dia ditemui hilang dan meninggal dunia.

“Ya saya mengenali Nora Anne secara peribadi dan tahu keadaannya, saya pernah menjadi guru ganti Nora Anne apabila gurunya bercuti selain melihatnya beberapa kali ketika waktu makan tengah hari dan di padang permainan.

“Daya keseimbangannya dan postur badannya sangat lemah tidak boleh meluruskan badan, malah keadaan fizikalnya itu menyukarkan Nora Anne terlibat dalam beberapa aktiviti di sekolah,” katanya.

Michael, 59, saksi ke-37 dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Nora Anne di hadapan Koroner Maimoinah Aid.

Prosiding yang masuk hari ke-17 itu dijalankan secara penstriman dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam dua jam prosiding itu, Michael berkata, dari segi hubungan sosial Nora Anne mempunyai keyakinan diri yang lemah dan sukar menunjukkan ekspresi (perasaan) kepada orang lain.

“Disebabkan msalah fizikal itu, saya juga tidak pernah melihat Nora Anne berlari, sebab takut terjatuh.

“Selain itu, Nora Anne tidak bercakap dengan orang tidak dikenali sebaliknya hanya berkomunikasi dengan kawan-kawan kelasnya yang cukup rapat (empat ke lima orang),” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI