fbpx

Pemandu e-hailing pandu kereta masuk kolam dipenjara dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chean menyangka kolam renang itu sebagai air hujan. - Mothership

SINGAPURA – Seorang pemandu Gojek di Singapura dihukum penjara dua minggu selepas keretanya memasuki kolam renang semasa membawa seorang warga emas.

Portal berita Mothership melaporkan, lelaki bernama Chean Tuck Heng, 67, mengaku bersalah atas pertuduhan membahayakan nyawa manusia menggunakan jentera. 

Pada petang 28 Februari lalu, Chean sedang membawa seorang wanita berusia 79 tahun dari rumah cucunya di Sengkang menuju ke kondominium The Hillside di Upper Bukit Timah.

Chean diarah membelok ke arah kanan selepas kereta dipandunya melepasi pos pengawal keselamatan kondominium tersebut untuk menurunkan penumpang. 

Bagaimanapun, dia memandu terus ke hadapan dan melepasinya. Kereta itu kemudian terbabas di laluan pejalan kaki berjubin sebelum melintasi kawasan tanaman berpasu.

Seorang pegawai keselamatan berkata, dia memberi isyarat kepada Chean untuk mengundurkan kereta itu kerana ia berada berhampiran kolam renang.

Bagaimanapun, Chean tidak mendengar kata-kata pengawal itu. Chean terus memandu sebelum kereta itu terbabas memasuki kolam renang yang disangkanya air hujan. 

Pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi penyelianya untuk mendapatkan bantuan.

Semasa perbicaraan, hakim berkata bahawa hukuman dua minggu adalah munasabah untuk mencegah perbuatan memandu secara terburu-buru. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI