fbpx

Ribut petir hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami cuaca buruk itu.

Ujarnya, di Kelantan, antara kawasan yang berdepan cuaca yang sama adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah manakala di Terengganu adalah Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Kawasan yang diramal ribut petir di Negeri Sembilan pula adalah Jelebu dan Jempol) diikuti dengan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya hari ini.

Tambahnya, di Sabah antara kawasan diramal cuaca buruk adalah Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI